Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 7 December 2011

seDaaPPPnyeAA

Pecal
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( sayur pecal)
se-ikat Kangkung
se-ikat pucuk ubi (kak rose x letak)
sedikit kacang panjang
sedikit timun
4 ketul tahu goreng
sedikit jantung pisang ( ni takde pun takpe)- x letak
(kak rose tambah tauge n tempe)

Untuk kuah pecal
sedikit air asam jawa
sedikit gula
1 cawan kacang tanah
1/2 inci belacan ( yang telah di bakar)
4 biji bawang kecil
5 tangkai lada kering- kalau hendak pedas blh tambah 


Cara-caranya
1. Timun dihiris halus, Panaskan air di dalam periuk dan celur, kangkung, pucuk ubi, kacang panjang,tauge dan jantung pisang, tos dan ketepikan. Jangan celur terlalu lama. goreng tauhu.
2. Buat Kuah Pecal, panaskan secawan minyak dan goreng kacang tanah, angkat dan ketepikan, selepas itu, goreng pula bawang kecil dan lada kering, dengan lesung batu tumbuk kacang tanah hingga agak lumat, kaup dan masukkan dalam bekas, kemudian tumbuk pula bawang merah, lada kering dan belacan. ( nak guna blender pun boleh).
3. Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk ke dalam bekas dan campurkan dengan air asam jawa dan gula, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.
4. Cara penyediaan, ambil kesemua sayur pecal dan curahkan kuah kacang di atasnya, gaul sebati, dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment